Tarikh : 22 November 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kuiz ini melibatkan peserta Tahap 2 sekolah rendah dan ia diadakan bertujuan untuk untuk menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan bagi pelajar Tahap 2. Melalui penggunaan platform Kahoot, pelajar dapat menguji pengetahuan mereka dalam pelbagai subjek dengan cara yang menarik dan kompetitif. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya tumpuan, semangat kerjasama, dan motivasi pelajar untuk belajar dalam suasana yang lebih santai.
Aktiviti
Aktiviti dalam kelas ini melibatkan pelaksanaan kuiz secara dalam talian, di mana pelajar akan menjawab soalan pelbagai pilihan berdasarkan topik pembelajaran tertentu. Antara kelebihan aktiviti ini ialah ia membantu pelajar mengukuhkan pemahaman terhadap subjek yang dipelajari dengan cara yang menyeronokkan. Penggunaan platform digital seperti Kahoot turut memperkenalkan mereka kepada teknologi pendidikan moden, selain melatih mereka untuk bertindak pantas dalam menjawab soalan. Di samping itu, suasana kompetitif yang mesra dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menggalakkan penglibatan aktif. Soalan-soalan disusun mengikut tahap kesukaran yang berbeza bagi memastikan penglibatan semua pelajar. Tuntasnya, kuiz ini adalah kaedah pembelajaran yang kreatif dan efektif. Ia bukan sahaja membantu pelajar memahami topik pembelajaran dengan lebih baik tetapi juga memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.