Tarikh : 10 September 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk membimbing usahawan, khususnya peniaga kecil dan sederhana, dalam menggunakan WhatsApp Web sebagai alat untuk menguruskan perniagaan secara lebih efisien dan profesional, selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan platform digital bagi komunikasi perniagaan, pemasaran, dan khidmat pelanggan.
Aktivti
Pada awal sesi kelas, petugas memberikan penerangan mengenai apa itu WhatsApp Web, cara mengaksesnya, dan bagaimana ia boleh digunakan untuk menguruskan perniagaan secara lebih berkesan. Kemudian petugas menerangkan panduan tentang cara mengurus mesej pelanggan dengan cepat dan profesional menggunakan WhatsApp Web, cara menggunakan ciri seperti WhatsApp Status untuk promosi produk atau perkhidmatan dan juga demonstrasi tentang bagaimana peserta boleh menggunakan WhatsApp Web untuk menerima dan menguruskan pesanan serta memantau stok secara langsung. Melalui kelas ini, peserta akan mempelajari cara menguruskan komunikasi dengan pelanggan dan pesanan dengan lebih cepat dan efisien menggunakan WhatsApp Web dan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan alat digital, yang penting untuk kejayaan dalam dunia perniagaan moden. Kelas Keusahawanan Pintar Digital yang berfokuskan pada WhatsApp Web ini adalah satu inisiatif penting untuk membantu usahawan memanfaatkan teknologi digital dalam perniagaan mereka. Dengan kemahiran yang dipelajari, peserta akan lebih bersedia untuk menguruskan perniagaan mereka secara lebih profesional dan efisien, seterusnya meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran.