Tarikh : 22 Mac 2024
Masa : 2.30 pm – 4.30 pm
Tempat : NaDi Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Obkjektif kelas ini ialah untuk membantu peserta mendaftar EzBiz dan juga membantu peserta untuk membuat temujanji dengan pihak SSM bagi tujuan pengesahan pengguna EzBiz melalui panggilan video (Whats App).
Aktiviti
Petugas membimbing peserta untuk mengisi maklumat atau memasukkan data yang tepat serta memuat naik dokumen yang diperlukan oleh SSM bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak SSM. Setelah Berjaya menghantar dokumen tersebut, usahawan perlu mengisi borang temu janji Bersama pihak SSM melalui panggilan video call menggunakan aplikasi WhatsApp. Usahawan juga akan menerima emel daripada SSM untuk pengesahan temujanji tersebut. Setelah selesai temujanji tersebut, usahawan boleh membuat permohonan Sijil perniagaan melalui SSM secara atas talian. Antara manfaat pendaftaran SSM ini kepada peniaga-peniaga membolehkan perniagaan mendapat pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Serta melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.