mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) Entrepreneurship – Kelas Pendaftaran EzBiz (SSM)

Tarikh   : 05 Ogos 2024

Masa    : 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Wanita 

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk membimbing peserta melalui proses pendaftaran perniagaan menggunakan sistem EzBiz yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seterusnya untuk memudahkan para usahawan, terutamanya yang baru memulakan perniagaan, memahami dan melengkapkan proses pendaftaran dengan cepat dan efisien. 

Aktiviti

Melalui kelas ini, peserta diberikan penerangan tentang kepentingan pendaftaran perniagaan dan pengenalan kepada sistem EzBiz, panduan tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran, seperti salinan kad pengenalan, maklumat perniagaan, dan lain-lain, dan juga cara menggunakan sistem EzBiz, termasuk cara mendaftar akaun, log masuk, dan mengisi borang pendaftaran perniagaan. Melalui kelas ini, peserta dapat memastikan bahawa perniagaan mereka didaftarkan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh SSM dan juga memahami setiap langkah dalam proses pendaftaran dan cara menangani sebarang masalah yang mungkin timbul. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, peserta akan lebih yakin dalam menguruskan pendaftaran perniagaan mereka sendiri, memastikan perniagaan mereka mematuhi undang-undang dan bersedia untuk berkembang.

Galeri Foto