mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) Entrepreneurship – Kelas Pendaftaran Perniagaan Baru (SSM)

Tarikh   : 06 Ogos 2024

Masa    : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Usahawan

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu usahawan baru memahami proses pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga untuk membimbing peserta melalui setiap langkah pendaftaran, memastikan mereka memenuhi semua keperluan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. 

Aktiviti

Pada awal sesi kelas, petugas memberikan penerangan kepentingan pendaftaran perniagaan dan peranan SSM, penjelasan mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh didaftarkan seperti pemilikan tunggal, perkongsian, dan syarikat sendirian berhad, anduan tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran, seperti kad pengenalan, alamat perniagaan, dan maklumat perniagaan dan lain-lain lagi. Dengan adanya kelas ini, peserta akan lebih mudah dan yakin untuk mendaftar perniagaan mereka sendiri menggunakan sistem SSM. Kelas ini adalah salah satu inisiatif penting untuk membantu usahawan baru memahami dan melengkapkan proses pendaftaran perniagaan dengan mudah dan efisien.

Galeri Foto