mcmc
Laporan Aktiviti

(NaDi) Entrepreneurship – Kelas Pengenalan dan Asas AI bersama Usahawan

Tarikh   : 17 Mac 2024

Masa    : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : NaDi Merbau Pulas

Peserta : Wanita

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dan mengaplikasikan kegunaan aplikasi Artifical Intelligence (AI) seperti ChatGPT dan Bing AI dan juga bertujuan untuk membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka dan mengurangkan kos.

Aktiviti

ChatGPT berfungsi untuk membantu manusia dalam memperkayakan teks mahupun menjana idea dalam penulisan manakala Bing AI Generator pula berfungsi untuk menghasilkan gambar secara terperinci dan tepat berdasarkan penerangan dan diskripsi yang ditaip oleh pengguna dalam aplikasi tersebut. Contohnya, teknologi AI dapat digunakan untuk membantu aktiviti pemasaran digital seperti menghasilkan kandungan, penulisan kreatif dan video, dan lain-lain lagi. Melalui kelas ini, peserta mempelajari cara untuk menggunakan aplikasi ChatPGT dan Bing dengan cara menaip diskripsi atau prompt situasi gambar/produk yang akan dijana oleh aplikasi tersebut. Dalam kelas tersebut, petugas NaDi menjelaskan tentang fungsi teknologi Ai pada masa kini kepada para peserta. Antara impak positif yang diperolehi melalui kelas ini ialah dapat memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mencipta gambar dan imej produk yang bermutu tinggi dan juga membantu pengetahuan peserta untuk mengintepretasikan idea ke dalam imej yang akan dijanakan melalui AI Generator.

Galeri Foto