Tarikh : 07 April 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dan mengaplikasikan kegunaan aplikasi Artifical Intelligence (AI) seperti ChatGPT dan Bing AI dan juga bertujuan untuk membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka dan mengurangkan kos. Contohnya, teknologi AI dapat digunakan untuk membantu aktiviti pemasaran digital seperti menghasilkan kandungan, penulisan kreatif dan video, dan lain-lain lagi.
Aktiviti
Melalui kelas ini, peserta mempelajari cara untuk menggunakan aplikasi ChatPGT dan Bing dengan cara menaip diskripsi atau prompt situasi gambar/produk yang akan dijana oleh aplikasi tersebut. Dalam kelas tersebut, petugas NaDi menjelaskan tentang fungsi teknologi Ai pada masa kini kepada para peserta. Antara impak positif yang diperolehi melalui kelas ini ialah dapat memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mencipta gambar dan imej produk yang bermutu tinggi dan juga membantu pengetahuan peserta untuk mengintepretasikan idea ke dalam imej yang akan dijanakan melalui AI Generator.