Tarikh : 01 Jun 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing peserta tentang asas-asas penggunaan Microsoft Word supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka untuk menggunakan perisian Word.
Aktiviti
Pada awal sesi kelas, petugas menerangkan apa itu Microsoft Word kepada peserta serta perbezaan dengan microsoft yang lain seperti Microsoft Excel dan PowerPoint. Kemudian peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan satu lukisan ringkas dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D yang terdapat pada Microsoft Word.