Tarikh : 03 Mei 2024
Masa : 2.30 pm – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Telah diadakan bertujuan untuk membantu peserta menguasai dan membiasakan diri dengan penggunaan Software Microsoft Word untuk kegunaan harian. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk membimbing peserta belajar menaip menggunakan Microsoft Word dan juga untuk mendedahkan kepada mereka mengenai setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Word.
Aktiviti
Melalui kelas ini, peserta diterangkan mengenai cara untuk menukar jenis tulisan, saiz tulisan, warna tulisan, huruf besar dan kecil tulisan, dan juga cara masukkan gambar dari fail. Kemudian, peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan biodata diri dengan menggunakan Microsoft Word. Antara kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah peserta memperoleh ilmu baru yang boleh diaplikasikan ketika menyiapkan tugasan dan dapat melatih peserta supaya lebih mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci yang merupakan komponen penting kepada komputer.