Tarikh : 17 April 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Telah diadakan bertujuan untuk membantu peserta menguasai dan membiasakan diri dengan penggunaan Software Microsoft Word untuk kegunaan harian.
Aktiviti
Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk membimbing peserta belajar menaip menggunakan Microsoft Word dan juga untuk mendedahkan kepada mereka mengenai setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Word seperti cara untuk menukar font dan saiz tulisan, cara untuk tukar warna pada perkataan, cara untuk masukkan gambar dari fail, cara hasilkan jadual, hasilkan graf dan lain-lain lagi. Antara kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah peserta memperoleh ilmu baru yang boleh diaplikasikan ketika menyiapkan tugasan dan dapat melatih peserta supaya lebih mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci yang merupakan komponen penting kepada komputer. Peserta juga diajar mengenai cara untuk log masuk melalui laman web Whatsapp.