Tarikh : 05 April 2025
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (Tahap 2)
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan peserta sambil menggalakkan kreativiti dalam menghasilkan produk bercetak yang unik dan bersesuaian dengan tema perayaan.
Aktiviti
Kelas ICT ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan rekaan kreatif sampul raya menggunakan aplikasi Microsoft Word. Melalui sesi ini, peserta diajar langkah-langkah asas seperti menetapkan saiz dokumen, memasukkan elemen grafik, memilih warna dan corak, serta meletakkan teks dengan susun atur yang menarik.
Kelas ini bukan sahaja memberi pengalaman yang menyeronokkan, tetapi juga mendedahkan peserta kepada potensi Microsoft Word sebagai alat reka bentuk asas. Peserta dapat membawa pulang hasil rekaan masing-masing dan memahami bahawa kemahiran teknologi boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aspek kehidupan harian termasuk budaya dan perayaan.