mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Cara Menghasilkan Surat Rasmi Mengikut Format

Tarikh   : 19 Julai 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang cara menghasilkan surat rasmi yang tepat mengikut format yang ditetapkan. Kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bertulis peserta, yang penting dalam pelbagai konteks profesional dan akademik. 

Aktiviti 

Melalui kelas ini, petugas memberikan penerangan ringkas tentang kepentingan surat rasmi dan perbezaannya dengan surat tidak rasmi dan juga pengenalan kepada komponen utama surat rasmi seperti kepala surat, tarikh, rujukan, salam pembuka, isi kandungan, salam penutup, dan tandatangan. Kelebihannya adalah peserta akan dapat menghasilkan surat rasmi yang lebih profesional dan tepat mengikut format dan juga peserta akan lebih yakin dalam menulis surat rasmi untuk pelbagai tujuan, seperti surat rasmi kepada pihak sekolah, surat kepada pihak berkuasa, dan lain-lain lagi. Kelas menghasilkan surat rasmi ini adalah satu inisiatif yang penting untuk meningkatkan kemahiran bertulis dan komunikasi peserta. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, peserta akan lebih bersedia untuk menangani pelbagai situasi yang memerlukan penulisan surat rasmi. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.

Galeri Foto