Tarikh : 13 September 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kelas diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Canva, sebuah alat reka bentuk grafik dalam talian, untuk menghasilkan poster bertemakan Hari Malaysia 2024. Kelas ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran reka bentuk kreatif, memperkenalkan elemen asas reka bentuk grafik, dan menggalakkan penggunaan teknologi untuk tujuan ekspresi artistik dan patriotik.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan ringkas mengenai platform Canva, cara mendaftar dan mengaksesnya, serta memperkenalkan alat-alat asas yang terdapat di Canva untuk menghasilkan poster. Kemudian, Peserta akan diberi taklimat ringkas tentang tema Hari Malaysia 2024, makna dan simbol-simbol penting yang boleh digunakan dalam poster mereka, seperti bendera Malaysia, Tugu Negara, dan ikon-ikon kebangsaan lain. Seterusnya, peserta akan diminta untuk menghasilkan poster Hari Malaysia 2024 menggunakan Canva di samping petugas memberi bimbingan langkah demi langkah, seperti memilih saiz poster, menambah elemen-elemen grafik (gambar, ikon, teks), mengubah latar belakang, serta cara memilih warna dan fon yang sesuai. Melalui kelas ini, ia membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam teknologi dan inovasi, membolehkan mereka mengintegrasikan teknologi dalam kehidupan seharian serta projek masa depan. Kelas ini dapat memberikan peserta peluang untuk meneroka potensi mereka dalam dunia reka bentuk grafik dengan cara yang mudah dan menarik seterusnya dapat menarik minat mereka dalam meneroka kreativiti mereka melalui platform digital.