Tarikh : 09 September 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Komuniti
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memberi kemahiran praktikal kepada peserta dalam menukar fail PDF kepada format Word yang boleh diedit.
Aktivti
Dengan kemahiran ini, peserta dapat mengemaskini dokumen-dokumen penting dengan lebih mudah dan cepat. Melalui kelas ini, peserta akan mempelajari entang perbezaan antara format PDF dan Word serta kelebihan dan kekurangannya. Kemudian, petugas menunjukkan demonstrasi mengenai penggunaan pelbagai perisian dan alat atas talian yang boleh menukar fail PDF kepada Word, seperti Adobe Acrobat, Google Docs, dan alat-alat percuma lain. Peserta akan mempelajari cara-cara mengedit dokumen Word yang telah ditukar, termasuklah format teks, gambar, dan lain-lain elemen. Kelebihan kelas ini kepada peserta ialah peserta akan memperoleh kemahiran praktikal yang boleh digunakan dalam pekerjaan atau kehidupan seharian. Dengan mengetahui cara menukar dan mengedit fail PDF, peserta dapat menjimatkan masa dalam pengurusan dokumen. Kelas ini akan membantu peserta menjadi lebih cekap dalam pengurusan dokumen, terutamanya dalam penukaran dan pengeditan fail PDF. Dengan kemahiran yang dipelajari, diharapkan peserta dapat mengaplikasikan teknik ini dalam tugasan harian mereka dengan lebih efektif.