mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Membina Carta Organisasi

Tarikh   : 12 Oktober 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Kelas Membina Carta Organisasi ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada kemahiran asas dalam menggunakan Microsoft Word untuk mencipta carta organisasi. Selain daripada memahirkan pelajar dengan alat ICT, kelas ini juga bertujuan untuk membina pemahaman mereka tentang struktur organisasi yang jelas dan teratur, yang penting dalam pengurusan maklumat.

Aktiviti 

Melalui kelas ini, pelajar diperkenalkan kepada fungsi “SmartArt” dalam Microsoft Word, yang memudahkan pembinaan carta organisasi secara profesional. Pelajar dibimbing langkah demi langkah untuk membina carta organisasi dari awal, termasuk memilih susun atur carta, menambah nama, jawatan, dan menghubungkan struktur hierarki dengan betul. Antara kelebihan kelas ini kepada peserta ialah peserta dapat belajar cara untuk mengaplikasikan alat visual seperti carta untuk menstruktur maklumat secara mudah difahami, membantu dalam memahami dan menyampaikan struktur organisasi. Selain itu, dengan menguasai fungsi yang mudah tetapi praktikal dalam Microsoft Word, pelajar akan menjadi lebih yakin menggunakan aplikasi komputer untuk keperluan pembelajaran mereka. Akhir sekali, dengan adanya kelas ini diharapkan dapat memperkasakan pelajar dengan kemahiran ICT yang praktikal dan meningkatkan pemahaman mereka tentang penyusunan struktur organisasi.

Galeri Foto