Tarikh : 09 Ogos 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui penguasaan kemahiran menaip dengan teks yang berkaitan dengan kebanggaan dan identiti sebagai rakyat Malaysia di samping untuk meningkatkan kemahiran menaip secara efektif dan pantas dalam bahasa Malaysia.
Aktivti
Pada awal sesi kelas, petugas memberikan penerangan mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia, pentingnya rasa patriotisme, dan lain-lain lagi. Kemudian, peserta perlu menaip teks seperti yang dipaparkan oleh petugas yang bertemakan kemerdekaan. Antara kelebihan kelas ini ialah peserta dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka, termasuk ketepatan dan kelajuan seterusnya dapat menguatkan rasa bangga dan cinta terhadap negara dengan memahami lebih mendalam mengenai sejarah dan nilai kemerdekaan Malaysia. Melalui aktiviti ini, diharapkan mereka bukan sahaja lebih cekap dalam kemahiran menaip tetapi juga lebih menghargai dan mencintai negara mereka iaitu Malaysia.