Tarikh : 02 November 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kemahiran asas menaip kepada pelajar tahap 1 serta meningkatkan kefasihan mereka dalam penggunaan papan kekunci komputer. Selain itu, kelas ini menggunakan tema Deepavali sebagai cara memperkenalkan budaya sambil memupuk minat pelajar dalam ICT.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan kepada susun atur papan kekunci, penggunaan jari yang betul, dan teknik asas untuk menaip dengan lancar dan tepat. Teks pendek berkaitan Deepavali, seperti ucapan, pantun, atau maklumat ringkas tentang perayaan ini, digunakan sebagai bahan latihan menaip untuk memperkenalkan budaya sambil meningkatkan kemahiran menaip. Antara kelebihan kepada peserta ialah peserta mendapat pendedahan awal dalam kemahiran menaip, membantu mereka menguasai penggunaan papan kekunci yang betul dan meningkatkan keyakinan diri dalam menaip. Dan kemahiran menaip yang diperoleh akan memudahkan pelajar untuk menguasai kemahiran digital di masa depan, menjadikan mereka lebih bersedia dalam menghadapi era pembelajaran berasaskan teknologi. Diharapkan kelas menaip sempena Deepavali ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dari segi penguasaan kemahiran ICT asas serta pemahaman mereka terhadap budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.