mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Menaip Tahap 1 sempena Hari Raya Aidilfitri (Microsoft Word)

Tarikh   : 11 April 2025

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (Tahap 1)

Tujuan

Peserta diberi panduan mengenai cara yang betul untuk menggunakan papan kekunci, mengenali fungsi-fungsi asas dalam Word, serta membiasakan diri dengan format penulisan dokumen seperti ucapan dan kad raya digital.

Aktiviti

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, NADI telah menganjurkan Kelas ICT – Menaip Tahap 1 yang memberi fokus kepada kemahiran asas menaip menggunakan perisian Microsoft Word.

Sebagai elemen interaktif dan menarik, satu sesi kuiz menggunakan platform Kahoot turut diadakan untuk menguji pemahaman peserta serta menceriakan suasana pembelajaran. Kelas ini bukan sahaja memberi pendedahan asas ICT kepada peserta, malah memupuk kemahiran digital yang berguna dalam kehidupan harian. Dengan pendekatan yang santai dan bertepatan dengan suasana perayaan, peserta dapat belajar sambil berseronok serta meningkatkan keyakinan menggunakan komputer.

Gambar di sini