mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Menghasilkan Kad Ucapan Hari Ibu sempena Sambutan Hari Ibu 2025

Tarikh   : 10 Mei 2025

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Objektif utama kelas ini adalah untuk memperkenalkan peserta Tahap 2 kepada kemahiran asas penggunaan Microsoft PowerPoint dalam bentuk yang kreatif dan bermakna, iaitu dengan menghasilkan kad ucapan sempena Sambutan Hari Ibu 2025.

Aktiviti

Aktiviti ini dirancang untuk membina kemahiran digital peserta sambil menyemai rasa kasih sayang dan penghargaan terhadap ibu masing-masing. Sepanjang sesi, para peserta telah belajar cara menggunakan fungsi asas PowerPoint seperti memasukkan teks, menukar jenis dan warna fon, menyusun gambar, menambah animasi serta menggunakan reka bentuk slaid untuk menjadikan kad ucapan mereka lebih menarik dan peribadi. Melalui pendekatan ini, peserta bukan sahaja dapat mengekspresikan kreativiti mereka, malah berlatih menggabungkan elemen grafik dan mesej yang menyentuh hati.

Gambar di sini