mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Menghasilkan Table dan Graf menggunakan Microsoft Excel

Tarikh   : 05 Julai 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel bagi tujuan pembelajaran seterusnya dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenai setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel seperti fungsi Autosum dan cara menghasilkan graf berdasarkan data yang terdapat pada jadual.

Aktiviti 

Microsoft Excel adalah program aplikasi lembar kerja yang dikembangkan oleh Microsoft. Excel digunakan untuk mengelola, menganalisis, dan memvisualisasikan data dalam bentuk tabel, grafik, dan diagram. Dalam kelas ini, peserta diajar cara mengenali lajur dan baris, cara masukkan data atau maklumat dalam kotak untuk menghasilkan jadual, cara untuk mengira jumlah terkumpul atau jumlah kumulatif dengan menggunakan fungsi sum, cara untuk ‘highlight’ baris atau ‘row’ dan juga ‘column’ serta cara untuk ‘highlight’ semua kerja yang dilakukan untuk membuat sesuatu formula atau pengemaskinian, dan juga cara untuk hasilkan jadual yang lengkap dan kemas.

Galeri Foto