mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Pengisian NILAM melalui AINS

Tarikh   : 20 Disember 2024

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Kelas diadakan bertujuan untuk membantu pelajar memahami cara mengisi maklumat bacaan bagi program NILAM melalui laman web AINS. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menaip, meringkaskan cerita, dan menyampaikan sinopsis dengan baik, sambil menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

Aktiviti

Pada awal sesi kelas, petugas memberikan penerangan mengenai apa itu NILAM dan AINS serta memperkenalkan laman web AINS sebagai platform untuk merekod bacaan buku, penerangan mengenai ciri-ciri laman web tersebut dan bagaimana ia digunakan untuk pengisian maklumat bacaan, seterusnya mereka akan mempelajari cara untuk mengenal pasti watak, tema, dan plot utama yang boleh dimasukkan ke dalam sinopsis. Melalui kelas ini, antara kelebihannya kepada peserta ialah peserta akan menjadi lebih mahir dalam mengisi maklumat bacaan ke dalam sistem AINS, memudahkan proses rekod bacaan untuk program NILAM, selain itu dengan menggunakan laman web AINS, peserta akan menjadi lebih cekap dalam menaip, menggunakan laman web pendidikan, dan menguasai asas-asas teknologi maklumat. Kelas pengisian NILAM melalui laman web AINS ini memberikan kemahiran yang penting kepada peserta untuk mengisi maklumat bacaan secara digital sambil memperkukuhkan kemahiran menulis dan menaip. Bukan itu sahaja, mereka juga akan dapat mengembangkan kemahiran ICT dan berfikir secara kritis dalam meringkaskan isi kandungan buku yang dibaca.