Tarikh : 01 Julai 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membimbing peserta untuk mengemaskini dan mengisi maklumat pada laman web tersebut bagi tujuan permohonan sekolah untuk Tahun 1.
Aktiviti
idMe adalah Sistem Pengurusan IDentiti, idMe merupakan Pintu Gerbang untuk log masuk Modul-modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS). Melalui kelas ini, peserta didedahkan dengan penggunaan komputer dan juga cara mendaftar dab cara mengemaskini maklumat di Sistem Pengurusan IDentiti (idMe). Sepanjang kelas ini diadakan, petugas membimbing peserta dengan memberi tunjuk ajar dan juga memastikan maklumat yang di isi adalah tepat seperti yang diminta.