Tarikh : 04 Julai 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada peserta mengenai Body Shaming supaya peserta dapat mempelajari langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut dan mengetahui akan keburukan terhadap masalah tersebut jika terlibat.
Aktiviti
Body shaming atau ejekan tubuh boleh didefinisikan sebagai perbuatan memalukan seseorang atau menghina fizikal iaitu bentuk tubuh, warna kulit, penampilan, pekerjaan serta kekurangan individu tertentu. Body Shaming sering berlaku dalam masyarakat kita lebih kerap dari apa yang kita sedari, dan lebih malang, isu ini dianggap biasa dan tidak salah.Hal ini kerana ia memberikan kesan negatif kepada mangsa seperti stress dan mungkin akan terlibat dengan gejala “stress eating” di mana ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Ia juga merendahkan “self-esteem” dan keyakinan diri seseorang, dan meningkatkan ketidakpuasan imej dan tubuh badan (body and weight dissatisfaction) dan “insecurities” mangsa. Selain itu, mangsa yang selalu menerima komen Body Shaming yang terlalu kerap boleh menyebabkan “social anxiety”. Mangsa akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan orang lain dan sangat malu dengan penampilan mereka. Ia juga boleh meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan (depression) dan meningkatkan risiko “eating disorder” seperti “bulimia” dan “aneroxia”.