Tarikh : 06 April 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pengetahuan dan menambah kemahiran pelajar dalam menggunakan Canva.
Aktiviti
Pelbagai jenis kad yang boleh direka menggunakan Canva. Untuk kelas ini, peserta dikehendaki untuk mereka kad Hari Raya mengikut kreativiti masing-masing. Antara elemen yang dipelajari oleh peserta ialah cara upload file, cara memukar font dan saiz tulisan, cara untuk mencari stiker dan hiasan, dan lain-lain lagi. Peserta juga diajar mengenai cara untuk download poster tersebut selepas siap menghasilkannya. Impak positif melalui kelas ini ialah dapat menarik minat peserta untuk menghasilkan kad raya digital supaya tradisi ini tidak dilupakan meskipun zaman makin berubah ke era digitalisasi.