Tarikh : 10 Mac 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mencipta atau menghasilkan poster dengan menggunakan aplikasi Canva secara percuma.
Aktiviti
Canva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai dokumen creative design secara virtual seperti menghasilkan poster, slide presentation, dokumen, dan lain-lain lagi. Melalui kelas yang diadakan ini, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri. Peserta perlu menghasilkan poster eksperimen STEM yang telah dilakukan di mana peserta perlu masukkan elemen yang digunakan dan juga langkah-langkah ketika eksperimen STEM dijalankan.