Tarikh : 01 Mac 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penguasaan tulisan Jawi dan juga untuk meningkatkan lagi kemahiran penggunaan papan keunci dan tetikus.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai sejarah bermulanya tulisan jawi di Malaysia seperti Batu Bersurat di Terengganu. Kemudian, peserta diberikan tugasan untuk menyelesaikan beberapa kuiz yang diberikan mengenai asas Jawi. Seterusnya, petugas memperkenalkan platform yang berasaskan Education Game-Based iaitu Kids Maze bagi tujuan pembelajaran dalam talian. Melalui kelas ini, peserta telah berjaya mengasah kemahiran menggunakan tetikus serta papan kekunci dalam menyelesaikan tugasan masing-masing. Kuiz Kahoot mengenai Jawi juga diadakan pada akhir sesi kelas.