mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) Kelas e-Learning : Math Games

Tarikh   : 21 Disember 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mengubah persepsi terhadap subjek matematik dengan menjadikannya lebih mudah difahami dan menyeronokkan untuk dipelajari. Objektif lain ialah membantu peserta memahami konsep asas matematik melalui pendekatan interaktif dan juga menggalakkan peserta mengaplikasikan kemahiran matematik dalam situasi yang menyeronokkan.

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar mengenai permainan ini seperti seperti kuiz pantas, teka-teki nombor, dan pertandingan menyelesaikan masalah matematik secara individu. Melalui aktiviti permainan matematik, peserta dapat mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir secara logik, dan meningkatkan daya kreativiti mereka. Dengan pendekatan yang menyeronokkan, peserta dapat menikmati proses pembelajaran matematik dalam suasana yang santai tetapi mencabar.