Tarikh : 16 Mei 2025
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif utama kelas ini adalah untuk menarik minat kanak-kanak dalam pembelajaran serta membiasakan mereka menggunakan peranti seperti tetikus dan papan kekunci dalam proses pembelajaran berasaskan komputer.
Aktiviti
E-learning merujuk kepada pembelajaran secara atas talian yang disampaikan melalui sumber digital seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Dalam kelas ini, petugas telah membimbing peserta menjalankan pelbagai aktiviti interaktif yang terdapat di laman web pendidikan seperti mewarna secara online, mengira, menaip dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, tetapi turut memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penggunaan teknologi dan keselamatan siber. Sebagai penutup, satu sesi kuiz menggunakan platform Kahoot telah dijalankan bagi menguji pemahaman peserta dalam suasana yang santai dan menghiburkan. Syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat dan minat yang tinggi sepanjang kelas berlangsung!