mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) Kelas e-Learning Tahap 1 – Animated Drawings 3D

Tarikh   : 24 Januari 2025

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memupuk kreativiti pelajar, meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi, serta memberikan pendedahan awal terhadap konsep asas dalam animasi digital dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.

Aktiviti

Kelas ini memberikan pengalaman unik kepada pelajar untuk menghasilkan animasi 3D secara interaktif. Aktiviti dimulakan dengan pelajar mewarna kartun atau animasi pada kertas yang disediakan oleh petugas. Selepas selesai, mereka akan mengambil gambar hasil karya mereka menggunakan tablet yang diberikan. Gambar tersebut kemudiannya dimuat naik ke laman web Animated Drawing, di mana pelajar dapat melihat hasil karya mereka dihidupkan dalam bentuk animasi bergerak 3D.