Tarikh : 26 Disember 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Tujuan
ertujuan memperkenalkan peserta kepada kemahiran asas reka bentuk grafik menggunakan platform Canva. Dalam kelas ini, peserta berpeluang menghasilkan poster bertemakan “New Year 2025”, sekaligus memupuk daya kreativiti dan inovasi mereka dalam menghasilkan karya digital.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai fungsi Canva sebagai platform reka bentuk mesra pengguna, cara untuk memilih templat yang sesuai dengan tema Tahun Baru, elemen kreatif seperti ikon Tahun Baru, latar belakang bertema, dan animasi. Seterusnya, peserta perlu menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing. Impaknya, kelas ini dapat menambah kemahiran kreatif yang boleh dimanfaatkan dalam bidang akademik dan profesional. Tuntasnya, peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran reka bentuk grafik, tetapi juga mengembangkan daya kreativiti dan keyakinan dalam menggunakan teknologi moden.