mcmc
Laporan Aktiviti

(NaDi) Kelas Komputer – Kelas Pengenalan AI (Artificial Intelligence)

Tarikh   : 02 Mac 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Kelas Pengenalan AI (Artificial Intelligence) diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dan mengaplikasikan kegunaan aplikasi Artifical Intelligence (AI) seperti ChatGPT dan Bing AI. 

Aktiviti

ChatGPT berfungsi untuk membantu manusia dalam memperkayakan teks mahupun menjana idea dalam penulisan manakala Bing AI Generator pula berfungsi untuk menghasilkan gambar secara terperinci dan tepat berdasarkan penerangan dan diskripsi yang ditaip oleh pengguna dalam aplikasi tersebut. Dalam kelas tersebut, petugas NaDi menjelaskan tentang fungsi teknologi Ai pada masa kini kepada para peserta. Kemudian, petugas NaDi menunjukkan cara untuk menggunakan aplikasi ChatPGT dan Bing dengan cara menaip diskripsi atau prompt situasi gambar yang akan dijana oleh aplikasi tersebut. Antara impak positif yang diperolehi melalui kelas ini ialah dapat memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mencipta gambar dan imej yang bermutu tinggi dan juga membantu pengetahuan pelajar untuk mengintepretasikan idea ke dalam imej yang akan dijanakan melalui AI Generator.

Galeri Foto