Tarikh : 11 Mei 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing peserta tentang asas penggunaan Microsoft Powerpoint dan menerangkan cara untuk menghasilkan slide yang sempurna dengan menggunakan tools asas yang terdapat didalam Microsoft Powerpoint.
Aktiviti
Kelas ini diadakan dengan melibatkan 8 orang peserta sekolah rendah. Pada awal sesi kelas, petugas menerangkan secara ringkas mengenai apa itu Microsoft Powerpoint dan juga fungsinya berbanding software Microsoft yang lain seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Melalui kelas ini, peserta diminta untuk menghasilkan slide mengenai ibu masing-masing termasuk ucapan khas sempena Hari Ibu 2024 yang akan disambut pada 12 Mei 2024. Para peserta diajar cara untuk menghasilkan slide, menaip, mengunakan animation dan transition yang terdapat pada Microsoft PowerPoint bagi menghasilkan slide yang menarik.