mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Baiki Gajet (Minggu Pertama)

Tarikh   : 17 dan 21 Disember 2024

Masa    : 9.30 am – 10.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Terbuka

Tujuan

Minggu pertama ini memulakan perjalanan dengan sesi orientasi yang memberi fokus kepada pengenalan sistem Mahir dan program Mahir Baiki Gajet. Minggu ini bertujuan memastikan peserta memahami platform pembelajaran, memperkenalkan asas program, dan membekalkan maklumat penting untuk penglibatan aktif sepanjang kursus.

Aktiviti

Peserta didedahkan kepada sistem Mahir sebagai platform utama pembelajaran di mana peserta diajar cara mengakses sistem, memuat turun bahan pembelajaran, dan mengurus kehadiran secara digital. Kemudian, peserta diterangkan mengenai pengenalan Mahir Baiki Gajet termasuk struktur kursus, modul, jadual aktiviti, penerangan mengenai hasil pembelajaran yang diharapkan, termasuk kemahiran praktikal dan teori yang akan dicapai sepanjang kursus. Impaknya, peserta akan memahami fungsi dan kepentingan sistem Mahir sebagai alat pembelajaran dan mendapat pendedahan awal kepada asas pembaikan gajet dan proses pembelajaran yang akan berlangsung. Minggu pertama program Mahir Baiki Gajet bertujuan membimbing peserta untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan memahami keperluan kursus.