mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Foto (Minggu Ke-1)

Tarikh   : 18 dan 21 November 2024

Masa    : 9.30 pagi- 10.30 am | 2.30 – 3.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Program NADI MAHIR x Mahir Foto adalah kursus asas fotografi yang dirangka khusus untuk individu yang ingin mendalami kemahiran menangkap gambar berkualiti tinggi secara profesional. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep asas fotografi seperti komposisi, pencahayaan, dan teknik pengendalian kamera, serta memberi panduan kepada peserta tentang cara menghasilkan karya visual yang kreatif dan menarik.

Aktiviti

Di samping itu, peserta akan diberi pengenalan kepada sistem dan platform yang akan digunakan sepanjang kursus. Sistem ini termasuk perisian penyuntingan foto profesional seperti Adobe Lightroom atau Photoshop, serta portal pembelajaran interaktif yang memuatkan modul latihan, video panduan, dan tugasan praktikal. Melalui pendekatan ini, peserta bukan sahaja belajar tentang teknik fotografi tetapi juga diajar cara menggunakan teknologi moden untuk memperhalusi hasil karya mereka. Mahir Foto ini melibatkan 2 orang peserta wanita dalam sesi kelas yang berbeza.