Tarikh : 14 & 16 April 2025
Masa : 9.30 pagi – 11.00 am | 2.30 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Dalam sesi ini, mereka diberikan pendedahan tentang format pertandingan, syarat penyertaan, serta kriteria penilaian bagi menghasilkan video kreatif menggunakan peranti mudah alih.
Aktiviti
Minggu ke-17 menandakan berakhirnya sesi pembelajaran bagi peserta Mahir Foto Intake 1. Sebagai kelas terakhir, peserta mengikuti sesi taklimat khusus mengenai Mobile Videography Contest, yang akan menjadi platform untuk mereka mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang program.
Selain memberi semangat untuk mencabar diri, taklimat ini juga bertujuan memperkasakan peserta dengan pemahaman mendalam mengenai penyampaian visual, elemen teknikal videografi mudah alih, serta strategi penghasilan kandungan digital yang menarik. Ia menjadi penutup bermakna kepada perjalanan Mahir Foto Intake 1 dan langkah awal peserta meneroka dunia kreatif secara lebih serius.