Tarikh : 09 dan 10 Disember 2024
Masa : 9.30 pagi- 10.30 am | 2.30 – 3.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Fokus minggu ini adalah menghasilkan karya fotografi lengkap yang menggambarkan kreativiti dan pemahaman teknikal peserta. Projek ini akan merangkumi perancangan tema, penggambaran, penyuntingan gambar, serta penyediaan portfolio fotografi yang profesional.
Aktiviti
Melalui kelas minggu ini, peserta akan menggunakan perisian penyuntingan untuk memproses dan memperindah hasil gambar yang telah diambil oleh peserta. Ini melibatkan pembetulan warna, pencahayaan, serta penyusunan semula untuk menghasilkan karya yang lebih menarik. Impak positif kepada peserta ialah dapat melatih keupayaan untuk merancang, melaksanakan, dan menghasilkan karya kreatif secara bebas dan membina keyakinan diri dalam menghasilkan portfolio profesional yang boleh digunakan untuk kerjaya atau pembelajaran lanjut. Tuntasnya, topik minggu ini adalah satu langkah penting dalam proses pembelajaran, di mana peserta diberi peluang untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara praktikal, mengasah kreativiti mereka, serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan hasil kerja yang berkualiti. Selain itu, ia juga membolehkan peserta menerima maklum balas membina untuk memperbaiki kelemahan dan memperkukuhkan pemahaman mereka terhadap konsep yang telah dipelajari.