Tarikh : 06 & 08 Januari 2025
Masa : 9.30 pagi- 10.30 am | 2.30 – 3.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Objektif kelas ini ialah untuk memberikan pengetahuan tentang cara memanfaatkan cahaya semula jadi untuk pengambilan gambar landskap yang lebih menarik serta untuk menggalakkan peserta untuk lebih kreatif dan berinovasi dalam penggunaan cahaya semula jadi dalam fotografi.
Aktiviti
Dalam sesi NADI MAHIR x Mahir Foto, peserta mempelajari konsep Natural Light in Landscape Photography, serta teknik-teknik lain yang relevan dalam fotografi landskap. Peserta diberi pendedahan tentang bagaimana memanfaatkan cahaya semula jadi untuk menghasilkan gambar landskap yang menarik dan dramatik, serta teknik-teknik lain untuk memperbaiki kemahiran fotografi mereka. Dengan teknik-teknik yang dipelajari, peserta kini lebih berkemampuan untuk mengaplikasikan ilmu ini dalam pengambilan gambar landskap yang lebih profesional dan kreatif.