Tarikh : 18 Februari 2025
Masa : 9.30 am – 10.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Program Mahir Gajet minggu ke-13 memberi fokus kepada teknik membaik pulih iPhone, termasuk mengenali masalah biasa serta cara menyelesaikannya dengan menggunakan alatan khas. Peserta akan didedahkan kepada pelbagai jenis peralatan yang digunakan dalam proses baik pulih, seperti pemutar skru khas, alat pembuka skrin, heat gun, suction cup, dan spudger. Setiap peralatan akan diterangkan fungsinya secara terperinci bagi memastikan peserta memahami penggunaannya dengan betul.
Aktiviti
Selain sesi teori, peserta turut diberikan peluang untuk melihat demonstrasi membaik pulih iPhone secara langsung, termasuk cara membuka peranti dengan selamat, menukar bateri, menggantikan skrin retak, dan membaiki masalah butang yang tidak berfungsi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta dalam bidang pembaikan peranti mudah alih, sekaligus membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan kemahiran ini ke arah bidang keusahawanan atau kerjaya dalam industri teknologi.