mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Gajet (Minggu Ke-13)

Tarikh   : 10 April 2025

Masa    : 2.30 pm – 3.20 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Pada minggu ke-13 program Mahir Gajet, peserta telah didedahkan secara teori kepada teknik membuka dan membongkar laptop model Dell XPS 13. Walaupun tiada aktiviti amali dijalankan, sesi ini tetap memberi nilai pembelajaran yang signifikan melalui penerangan terperinci mengenai struktur dalaman laptop, kedudukan komponen utama, serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa proses pembongkaran.

Peserta turut diperkenalkan kepada peralatan khas yang biasanya digunakan dalam proses ini seperti spudger, pemutar skru tork dan penyedut vakum mini. Sesi ini bertujuan memberikan pengetahuan asas yang kukuh sebelum peserta beralih kepada latihan amali dalam minggu-minggu berikutnya. Diharapkan melalui pendedahan awal ini, peserta akan lebih bersedia dan yakin untuk melakukan pembaikan asas secara kendiri pada masa akan datang.

Gambar di sini