Tarikh : 15 April 2025
Masa : 9.30 – 11.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Sesi ini memberikan penerangan terperinci tentang langkah-langkah membuka bahagian fizikal laptop serta fungsi setiap komponen seperti RAM, hard disk, motherboard, dan sebagainya
Aktiviti
Pada minggu ke-14 program NADI MAHIR x Mahir Gajet, peserta didedahkan kepada pengetahuan asas mengenai cara membuka laptop serta mengenal pasti jenis-jenis komponen utama yang terdapat di dalamnya. Walaupun tiada aktiviti amali dijalankan, peserta diberikan panduan secara visual dan teori untuk memahami proses pembukaan dan pengeluaran komponen dengan betul dan selamat. Sesi ini membantu meningkatkan pengetahuan teknikal peserta serta membina keyakinan asas dalam memahami struktur dalaman peranti elektronik.