Tarikh : 04 Mac 2025
Masa : 9.30 am – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Sesi ini bertujuan memberi pemahaman lebih mendalam tentang struktur dalaman laptop serta kepentingan setiap komponen dalam memastikan prestasi yang optimum. Dengan ilmu yang diperoleh, peserta kini lebih bersedia untuk mengenali masalah asas pada laptop dan memahami cara penjagaan peranti dengan lebih baik.
Aktiviti
Pada minggu kelima belas NADI MAHIR x Mahir Gajet, peserta didedahkan kepada asas baik pulih laptop serta cara mengenali komponen asal dalam peranti tersebut. Mereka mempelajari fungsi utama CPU sebagai otak komputer dan peranan storan dalam menyimpan data serta menjalankan sistem operasi.