mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Gajet (Minggu Ke-15)

Tarikh   : 24 April 2025

Masa    : 2.30 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai sistem operasi (Operating System) yang merupakan komponen utama dalam menjalankan fungsi sesebuah komputer atau laptop.

Aktiviti

Pada minggu ke-15 kelas Mahir Gajet, peserta didedahkan kepada pengenalan asas tentang sistem operasi (Operating System) yang menjadi tulang belakang kepada fungsi sesebuah komputer atau laptop. Kelas ini memberi tumpuan kepada jenis-jenis sistem operasi yang digunakan dalam peranti komputer, seperti Windows, macOS, dan Linux, termasuk ciri-ciri asas serta perbezaan utama antara sistem-sistem ini.

Peserta turut belajar tentang fungsi utama sistem operasi dalam menguruskan perkakasan dan perisian, serta bagaimana pengguna berinteraksi dengan peranti melalui antaramuka sistem tersebut. Program ini membantu peserta memahami pilihan sistem operasi yang sesuai digunakan mengikut keperluan pengguna atau spesifikasi teknikal sesuatu peranti, sekaligus memperkukuhkan asas pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat.

Gambar di sini