Tarikh : 14 Januari 2025
Masa : 9.30 am – 10.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Pada minggu keempat NADI MAHIR x Mahir Gajet, peserta mempelajari tentang komponen asas telefon pintar. Modul ini memberikan pengetahuan mengenai bahagian dalaman telefon pintar, termasuk fungsi setiap komponen seperti motherboard, bateri, skrin, kamera, dan sensor.
Aktiviti
Peserta juga diperkenalkan kepada cara mengenal pasti kerosakan asas pada komponen tertentu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta terhadap teknologi telefon pintar, memberi asas kemahiran membaiki, dan menanam minat untuk mendalami bidang teknologi. Diharapkan, melalui sesi ini, peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk memperbaiki peranti secara asas dan memahami struktur teknologi moden dengan lebih baik.