Tarikh : 06, 07 & 08 Februari 2025 (Khamis, Jumaat dan Sabtu )
Masa : 9.30 am – 10.30 am | 3.00pm – 5.00 pm | 2.30 pm- 5.00pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Program Mahir Jahit minggu pertama memfokuskan kepada pengenalan sistem MTS kepada peserta. Dalam sesi ini, tenaga pengajar memperkenalkan kaedah pembelajaran yang akan digunakan serta menerangkan silibus yang bakal dipelajari sepanjang kursus.
Aktiviti
Peserta juga diberi gambaran tentang teknik jahitan asas yang akan dikuasai dalam siri pertama program ini. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan berminat untuk mendalami kemahiran jahitan melalui program ini. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk penghasilan produk jahitan yang berkualiti.