mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Jahit (Minggu Ke-13)

Tarikh   : 08, 09 & 10 Mei 2025 (Khamis | Jumaat | Sabtu)

Masa    : 9.30 am- 11.00 am | 2.30pm – 4.00 pm | 2.00 pm- 3.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan peserta dalam aspek teknikal jahitan tradisional, khususnya dalam menyediakan potongan yang tepat mengikut ukuran dan gaya pakaian. Penerangan yang diberikan membantu peserta memahami struktur asas baju kurung pesak dan kaedah susunan kain yang kemas dan seimbang.

Aktiviti

Program NADI MAHIR x Mahir Jahit (Minggu Ke-13) telah diteruskan dengan pengisian teori berkenaan teknik memotong kurung pesak dan kain susun. Walaupun tiada aktiviti amali dijalankan pada minggu ini, peserta tetap menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memahami proses penyediaan pola dan teknik pemotongan yang betul, yang merupakan asas penting sebelum proses menjahit dijalankan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terus bersemangat mengikuti setiap sesi. Diharapkan ilmu teori yang diperoleh minggu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam sesi amali yang akan datang.

Gambar di sini