mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Jahit (Minggu Ke-14)

Tarikh   : 15, 16 & 17 Mei 2025 (Khamis | Jumaat | Sabtu)

Masa    : 9.30 am- 11.00 am | 2.30pm – 4.00 pm | 2.00 pm- 3.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Sesi kali ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah menyusun pola dengan tepat bagi memastikan penggunaan fabrik yang lebih efisien serta mengekalkan keindahan corak, terutamanya pada fabrik yang eksklusif seperti batik dan sutera.

Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Jahit (Minggu Ke-14) telah berlangsung dengan fokus pembelajaran kepada teknik layout dan susun pola pada fabrik batik/sutera. Peserta turut didedahkan kepada aspek teknikal seperti arah alunan kain, penjajaran motif, dan cara memaksimumkan potongan bagi mengurangkan pembaziran. Diharapkan ilmu yang diperoleh ini dapat membantu para peserta menghasilkan jahitan yang lebih kemas, bernilai tinggi dan bersesuaian dengan ciri-ciri fabrik premium.

Gambar di sini