mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Jahit (Minggu Ke-15)

Tarikh   : 22, 23 & 24 Mei 2025 (Khamis | Jumaat | Sabtu)

Masa    : 9.30 am- 11.00 am | 2.30pm – 4.00 pm | 2.00 pm- 3.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Kelas ini bukan sahaja membantu peserta memahami teori jahitan dengan lebih jelas, malah turut memberi inspirasi untuk terus mendalami kemahiran menjahit secara berperingkat.

Aktiviti

Program NADI MAHIR x Mahir Jahit minggu ke-15 telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian dengan topik menarik “Menjahit Baju Kurung Pesak”. Walaupun dijalankan secara maya, sesi ini tetap padat dengan ilmu berguna apabila para peserta didedahkan kepada langkah-langkah asas dalam proses penyediaan dan jahitan baju kurung pesak, termasuk teknik pemotongan kain, penyusunan pesak, dan pemahaman struktur pakaian tradisional ini. Terima kasih kepada semua yang menyertai, semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran kendiri dan usaha memperkasa diri melalui kemahiran.

Gambar di sini