mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Jahit (Minggu Ke-18)

Tarikh   : 19,20 & 21 Jun 2025 (Khamis | Jumaat | Sabtu)

Masa    : 9.30 am- 11.00 am | 2.30pm – 4.00 pm | 2.00 pm- 3.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Objektif utama minggu akhir program NADI MAHIR x Mahir Jahit adalah untuk menilai tahap pencapaian peserta dalam kemahiran jahitan yang telah mereka pelajari sepanjang 18 minggu latihan. Minggu ini memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan hasil kerja akhir mereka, sekali gus menunjukkan kreativiti, ketelitian, dan pemahaman terhadap teknik jahitan yang telah dipelajari.

Aktiviti

Minggu ke-18 menandakan penutup rasmi bagi sesi pembelajaran peserta NADI MAHIR x Mahir Jahit. Sebagai kelas terakhir, para peserta mengikuti sesi taklimat khas berkaitan Projek Jahitan Akhir, iaitu satu platform untuk mereka mengaplikasikan segala teknik, kreativiti, dan kemahiran yang telah diasah sepanjang 16 minggu program berlangsung.

Taklimat ini merangkumi panduan pelaksanaan projek, kriteria penilaian, serta tips menampilkan hasil jahitan yang bukan sahaja kemas tetapi juga unik dan beridentiti. Ia bukan sekadar pengakhiran, tetapi satu permulaan untuk peserta terus berkembang dalam dunia jahitan, sama ada sebagai hobi mahupun kerjaya. Terima kasih atas komitmen semua peserta, anda adalah inspirasi komuniti kreatif yang sedang kami bangunkan!

Gambar di sini