Tarikh : 06, 07 & 08 Mac 2025 (Khamis | Jumaat | Sabtu)
Masa : 9.30 am- 11.00 am | 2.30pm – 4.00 pm | 2.00 pm- 3.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Pada minggu kelima NADI MAHIR x Mahir Jahit, peserta mempelajari pelbagai teknik jahitan bermula daripada asas sehingga pembuatan pakaian. Mereka turut didedahkan kepada penggunaan mesin jahit serta cara mengendalikan peralatan jahitan dengan betul. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana bimbingan diberikan secara langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada cara mendraf pola dan menggunting apron, serta memahami bahan dan peralatan yang akan digunakan dalam proses jahitan. Dengan kemahiran yang dipelajari, peserta dapat membina asas yang kukuh dalam dunia jahitan dan menghasilkan karya kreatif mereka sendiri.