mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Jahit (Minggu Ke-9)

Tarikh   : 17, 18 & 19 April 2025 (Khamis | Jumaat | Sabtu)

Masa    : 9.30 am- 11.00 am | 2.30pm – 4.00 pm | 2.00 pm- 3.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Tujuan utama sesi ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyediakan pola yang tepat serta memahami asas pemotongan mengikut rekaan fesyen semasa.

Aktiviti

Pada minggu ke-9, peserta NADI MAHIR x Mahir Jahit mengikuti sesi pembelajaran yang bertujuan untuk memperkenalkan teknik pemotongan kain bagi penghasilan pakaian moden seperti baju kurung moden dan skirt duyung. Aktiviti dalam sesi ini merangkumi proses penyediaan pola, kaedah pengukuran yang betul dan teknik pemotongan kain yang kemas dan sistematik. Peserta turut diberi pendedahan tentang perbezaan potongan serta gaya antara kurung moden dan skirt duyung, di samping mempraktikkan apa yang telah diajar. Dengan bimbingan tenaga pengajar, peserta kini lebih yakin dan mahir dalam menghasilkan pakaian yang moden, kemas serta sesuai dipakai dalam pelbagai majlis.

Gambar di sini